Wednesday, August 13, 2008

BIOPETROL,BIODIESEL BAHAN API ALTERNATIF


Kenaikan harga minyak petrol dan diesel yang melonjak begitu tinggi,1 tumbuhan ajaib bakal menjadi sumber bahan api alternatif iaitu Pokok Jarak yang lebih di kenali sebagai Jatropha Curcas.Tanaman ini sudah lama di gunakan sebagai bahan bakar untuk pesawat perang tentera Jepun pada zaman Perang Dunia Kedua.Didapati ia sangat berpotensi untuk di komersialkan sebagai bahan biopetrol dan biodiesel yang lebih bertenaga ,mesra alam,murah dan menjimatkan.Banyak keistimewaan pokok jarak selain menjadi bahan api sebagai contoh dalam bidang perubatan tradisional,bahan industri serta komersial seperti kosmetik,lilin dan sabun.

PENGENALAN

Jatropha merupakan sejenis tanaman yang agak lazim di Malaysia tetapi amat potensi di masa hadapan.Ia telah dikaji dan diguna pakai secara meluas di negara India,Kepulauan Virgin,Puerto Rico dan banyak lagi.Penanaman secara besar-besaran dapat menghasilkan minyak 'bio-diesel'yang merupakan alternatif kepada pengguna minyak diesel.Salah satu kejayaan ekonomi yang positif ialah penghasilan 'bio-diesel'yang lebih murah dan 'environmentally-friendly'berbanding petrol diesel.

LATAR BELAKANG @ SEJARAH

Minyak dari pokok jarak @ Jatropha diperolehi dari bijinya,di mana apabila dihancurkan minyaknya boleh diekstrak dan diproses menjadi 'bio-diesel'.Di India misalnya,ia dikaji secara terperinci mengikut kesesuaian tanah keadaan domestik negara tersebut.

CARA PENANAMAN POKOK JARAK @ JATROPHA

Penanaman tanaman ini amat mudah dengan menggunakan kaedah pembenihan terus ke tanah dengan kadar pertumbuhan yang amat tinggi. Biji tersebut dikutip selepas buahnya terbuka.

IKLIM @ KUALITI TANAH

Pokok ini tumbuh dengan baik di kawasan cuaca beriklim tropika. Pokok ini sesuai di tanah berpasir dan mempunyai pengairan yang baik dengan menggunakan baja organik untuk kualiti yang tinggi.



Assalamualaikum w.b.t...

Dengan segala izinNya,dapatla saya menyiapkan blog pokok jarak @ jatropha yang xseberapa canggih ini tetapi cukuplah memberi sedikit pengalaman dan perkongsian tentang kelebihan tumbuhan 'ajaib' ini.Pihak kerajaan juga memberikan reaksi yang positif tentang penemuan ini dan telah melantik satu syarikat iaitu BIONAS MALAYSIA supaya membuat promosi secara besar-besaran kepada rakyat khususnya petani.Syarikat ini berfungsi sebagai medium rujukan,kajian,pembekal anak benih,baja serta peraih buah jarak. Selain itu,BIONAS juga telah membuat laman web pokok jarak @ jatropha untuk memudahkan kepada rakyat mengetahui lebih terperinci tentang kelebihan,hasil pendapatan dan sebagainya. Mengikut peredaran masa yang semakin maju ini media elektronik iaitu televisyen dan radio adalah 'platform' terbaik untuk memberi tatapan umum supaya maklumat itu lebih jelas dan tepat.Media massa seperti surat khabar,majalah dan sebagainya adalah satu 'agen' pemberi maklumat kepada rakyat tentang kelebihan tumbuhan pokok jarak ini. Promosi seterusnya menggunakan kaedah seminar dan ceramah di seluruh negara supaya penerangan maklumat dapat di sampaikan dengan berkesan,jelas dan tepat.Ini dapat menggalakkan rakyat khususnya petani memulakan tanaman baru yang mendatangkan hasil pendapatan seterusnya menjana ekonomi negara.


Anak benih pokok jarak berjaya ditanam setelah kawasan tanah ini dibersihkan


Baru berusia 2 minggu,ketinggian 2 inci





Gambar ini diambil pada 3 MEI 2008 di mana tumbesaran pokok menjangkau 3kaki bersamaan 91.44cm.Saiz daun sebesar telapak tangan.


ketinggian melampui masa yang di tetapkan..."yeah aku dah besar" kata pokok ni.







Setelah dijaga,dibelai dengan 'kasih sayang'sudah tiba masanya pokok jarak ini berdikari untuk hidup dan mengeluarkan buah untuk menghasilkan minyak mentah.Proses ini memerlukan baja organik untuk memberi 'makanan tambahan'supaya buah yang dihasilkan menjadi berat dan berkualiti.Lega rasanya apabila,semua anak benih dapat di tanam mengikut perancangan yang telah ditetapkan.



Satu kejutan yang tidak sangka pada 28/06/08 apabila kami datang ke kebun untuk membuat pemeriksaan pokok,didapati 3 pokok telah berbunga.Ini adalah satu petanda positif bahawa selama 6 bulan ialah tempoh tumbesaran dan memerlukan 3 tahun untuk proses matang.Tetapi ia bergantung dengan beberapa faktor terutama dari segi pembajaan dan sebagainya.







Alhamdulillah,berkat segala usaha selama ini, pembuktian buah jarak dapat dilihat dengan mata sendiri.Walaupun hanya sepokok sahaja yang berbuah tetapi kami amat berpuas hati bahawa ini adalah satu titik permulaan kejayaan. Proses kematangan buah jarak adalah secara berperingkat iaitu 2 tahun dari sekarang ataupun pengiraan dari mula penanaman pokok jarak.

Anak benih pokok jarak sedia di jual dengan saiz ketinggian 2-3 inci. Anak benih ini terhasil dari dahan pokok jarak yang telah dicantas dan dimasukkan ke dalam polibag yang mengandungi baja dan tanah. Ini adalah langkah inisiatif sekiranya semasa menanam buat pertama kalinya ada yang mati boleh digantikan yang baru ataupun sebagai penyedian awal untuk projek yang seterusnya dan sebagainya.

'Pengurus ladang/manjeman a.k.A azman' ( pakai topi ) menunjukkan tanda '1' bermaksud semaian anak benih berjaya buat pertama kalinya sambil ditemani rakan yang kesejukkan yang lebih dikenali sebagai Yaye..( eeee......anak belut....anak belut..memori cari keladi bunting hehehe)


Gambarajah di atas adalah 'tranformasi' ataupun proses penghasilan biodiesel secara berperingkat. Setelah buah dipetik dari pokok, ia dikumpulkan di dalam beg yang terbuka sebelum dihantar ke tapak pemprosesan. Di sini buah akan dijemur, sehingga terkopek secara semulajadi untuk pengambilan biji benih. Buah jarak hendaklah dijemur di tempat yang terlindung dari cahaya matahari kerana cahaya yang terlalu terik boleh menyebabkan biji yang diperolehi tidak menghasilkan minyak yang bermutu. Biji yang telah kering seterusnya dipisahkan daripada kulit buah dan dibersihkan. Ia hendaklah dikeringkan dalam keadaan kelembapan rendah (5-7%) dan disimpan didalam bekas kedap udara. Dalam keadaan suhu bilik, biji ini boleh bertahan lama sehingga setahun. Bagi setiap 4kg biji buah jarak, sebanyak 1 liter minyak dapat dihasilkan. Minyak diperoleh dengan menggunakan 'mechanical crusher' melalui proses ekstrak. Kemudian minyak tersebut perlu melalui proses filterasi seterusnya diproses menghasilkan biodeisel,gliserol,bahan industrial serta kosmetik, lilin dan sabun